Saturday, 24 September 2011

C-Day & R-Day


Salam semua....

C-Day

alhamdulillah saya sudah tamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dgn Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun lepas. (sudah basi kan cerita nie..hehehe)


saya konvo time tu tengah hujan yg tidak henti-henti selama beberapa hari. konvo saya jatuh pada 1/11/2010 sesi pagi. air di beberapa tempat mula naik.tapi alhamdulillah sesi konvo saya berjalan dengan lancar.

selepas je selesai,saya dan family ke studio gambar untuk ambil gambar. nak ambil gambar dengan kawan-kawan memang xsempat sebab masa tu tengah hujan dan pihak universiti telah memberi berita buruk..huhuhu

berita buruknye adalah.....jalan keluar dari UUM mula di naiki air..kecian kan kitorang xdapat nk bergambar banyak2..huhu
bergambar dgn my parent n my atok luar dewan je la.hujan masih turun.

thanx dear coz sudi datang & thanx 4 rose & chocolate..hehehe

selepas je sesi bergambar di studio ktorang bergegas pulang. saya drive kereta dan berkonvoi dengan ayah yg drive satu lg kereta. kereta mula sesak sebab orang ramai berpusu-pusu pulang. jalan pulak penuh ngan air. jalan bandar changlun pula sudah tutup.semua org terperangkap di situ sebab diorg tidak tahu jalan alternatif lain.

nasib baik ktorg org tinggal di kedah,so tau la jalan alternatif lain. alhamdulillah akhirnya ktorg selamat sampai di rumah walaupun perjalanannye jauh dan kiri dan kanan pemandangannye adalah air.

Lega rasanye....


R-Day tu ape???? sila teka..

hehehehehe....

02/11/2010 ada  rombongan datang untuk merisik saya.hehe..
ye sehari selepas convocation day, saya telah dirisik orang.di risik baru..belum bertunang ye..hehehe.

hari tu masih hujan. banjir melanda perlis dan sekitar negeri kedah. masa tu jitra masih belum di naiki air..


esoknya saya nk pergi kerja jalan sume sudah tutup. highway pun tutup. banjir mula melanda jitra dan alor setar.

alhamdulillah,saya bersyukur sangat majlis merisik berjalan dengan lancar sebelum banjir melanda..

TQ Ya Allah mempermudahkan segalanya....

Wednesday, 21 September 2011

tentang saya


hari ini saya nak memperkenalkan diri. hehe… saya budak baru dalam blogging. boleh panggil saya nabila @ bella
saya berusia 24 tahun dan tinggal di kediaman keluarga di jitra kedah. saya bekerja sebagai accountant di alor setar.

status saya adalah tunangan orang. baru  je bertunang pada 12/03/2011 setelah hampir 5 tahun berkenalan. Tunggu untuk entry pertunangan saya akan datang..just wait k..
itu je kot pasal diri saya untuk  tatapan korang semua..

salam perkenalan untuk semua

saya budak baru belajar

Hari ini adalah pemulaan bagi aku dalam blogging. Blog ni dah wujud lama la juga. tapi aku tidak pernah buat entry sebab tidak tahu nak tulis entry tentang apa ( tidak ada idea lagi). hehehe

Yg membuatkan aku tertarik untuk buat blog apabila aku suka membaca blog dan entry orang lain. Keseronokan membaca entry-entry yang membuatkan aku mula tertarik untuk berblogging. Ada sesetengah entry dapat menaikkan semangat untuk kita tempoh kehidupan yang mendatang .hehe...

Aku berharap blog ini dapat aku berkongsi  kisah gembira,sedih,duka kehidupan  dan menjadi sebuah diari hidup aku.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...