Saturday, 22 October 2011

My Room...

My mom n my dad nak sangat tukar katil dan almari saya… my mom nak build in almari dan meja solek..
Katil nak beli baru..yang ala2 english style tu..warna putih..

tapi bagi saya, katil dan almari yang sedia ada tu masih cantik.ye la kan baru je beli masa my family pindah hari tu..hehe..My parent nak tukar,saya pun terima je la..bertambah suka ada la..hahaha


lebih kurang macam nie ..tp build in la..


Last week, dah ada orang datang ukur  dan design almari dan meja solek..nak build in.
design by my mom…hehehe..almari & meja solek warna putih…dalam sebulan baru siap…
katil je belum beli lg….masih survey2 lagi…

katil nk cari macam nie..hope jumpa la..hehe

Friday, 21 October 2011

Doorgift-cupcake...



Kursus kahwin : done
Butik pengantin: in process (baju baru xp ukur lagi)

Last week, saya dan my mom pergi tempah cupcake untuk jadikan doorgift pada hari wedding saya nanti.
satu taman je dengan saya. koleksi kek perkahwinan, cupcake dan bermacam2 kek memang superb..macam2 pilihan ada.
lebih kurang mcm nie la doorgift yg saya tempah...
sila klik http://www.adundanhias.blogspot.com 

harga??? murah sangat berbanding tempat lain..percaya la coz saya dah survey…sangat berbaloi..hehehe
kalau nak tahu kat mana just inform saya k atau pun klik je link di atas…

Butik Pengantin...


Wedding???? bila2 dipikir2 dah xlama dah..kecut perut jadinya..sebab ape pun xprepare lagi..aduhai

bila dah confirm tarikh nak kahwin, step pertama kami pergi ambil kursus kahwin.hehe
kursus kahwin kami ambil bersama-sama di pusat dakwah negeri alor setar,kedah.

Second step, saya dan my mom pergi  survey butik pengantin..dulu survey dalam facebook je....masa survey kt dalam facebook,hati tu berkenan nk ambil pakej kat romzy studio


akhirnya, romzy studio juga la jadi pilihan di hati..minta2 la pilihan ini adalah tepat sebab banyak dengar cerita kurang enak pasal butik ini..

Layanan memang terbaik,..masa tu romzy owner pun ada…dengar memang klass…
so, saya memang sangat berharap yang terbaik daripada team romzy studio..
kahwin hanya sekali je seumur hidup..hope everything berjalan lancar….

Friday, 14 October 2011

gembiranye hati ini....

salam...

saya gembira sangat hari ini..sangat teruja..hehe...

korang ingat tak, saya pernah tulis entry Premium Beautiful yang harganya mahal gila..> RM2k ...

sekarang cuba korang teka....

??????

???

???

??

?

hehehe,,,,dapat teka??? betulkah tekaan anda??


ok2 la..

sebenarnye semalam saya dapat mesej dari seseorang...macam nie bunyi teks nye..

" salam Bella..Wawa ni..your fiance nak belikan corset..jd Wawa kene jumpa 
Bella untuk ukur badan n tentukan saiz..ptg ni Bella free ??? " 

dapat je mesej ni teruja kot..hehehehehehe
semalam after office hour, wawa n her friend pun datang la jumpa kat ofis..selepas segala penerangan, diorang ukur size badan saya seperti gambar di bawah..




sambil2 tengah ukur, Wawa bagitahu, my fiance nak bagi premium beautiful ni untuk surprise kan saya..hehe..tp xjadi buat surprise sebab corset ni sebelum nak beli kena ukur size dulu..hehe..i love u so much my fiance..tq sayang...=)

after that, diorang bagi try 1 set corset..corset tu saiz kita...mula2 pakai memang payah..sampai wawa terpaksa tolong pakaikan (nampak la tubuh badanku..segan kot..hehe)..tapi selepas pakai, fuyooo selesa rasanya...rase macam sudah kurus..hahahaha..perasan..

hari ahad ni baru dapat 1 set corset premium beautiful..xsabarnye nk pakai..mudah2an dapat la turun kan berat badan before my big big day....hehe...tunggu hasilnye ye nanti...

terujanye hati ini...

tq my fiance..i love u so much....=)

tq 4 support me...





Sunday, 9 October 2011

My E-Day


: : Majlis pertunangan saya berlangsung pada 12/3/2011 hari sabtu.
Setelah hampir 5 tahun berkenalan akhirnya saya telah diikat dengan tali pertunangan.
Untuk majlis pertunangan saya, saya telah menggunakan perkhidmartan butik pengantin di alor setar . untuk pengetahuan korang semua, saya terlambat membuat tempahan untuk majlis menyebabkan kebanyakan butik pengantin yg saya berkenam telah penuh di book. Time tu bulan 12/2010 dan tarikh 12/3/2011 telah penuh.

Penat saya meronda-ronda dengan mak saya mencari butik pengantin yang masih kosong. Akhirnya saya temui satu butik pengantin di alor setar (xingat dah namanye..hehe) yg masih mengambil tempahan. Pelamin tiada pilihan sangat tapi disebabkan tiada pilihan saya,saya pun book la di situ. Memyesal juga la buat tempahan lambat..huhu

Tapi yang amat mengecewakan lagi,pelamin yang saya nak untuk majlis tidak seperti pilihan saya sebelum ni..huhu..Sedih kot..emmm tapi makeup ok.. Tunang saya cakap tak pe la, nanti majlis kahwin nanti kita cari yang paling cantik. Hehe..sejuk hati semula bila dia cakap macam tu..mak saya pun cakap macam tu juga. Hehe..tq to my parent  n tq dear..=)

Ok la kita berbalik pula  pasal majlis pertunangan…Rombogan keluarga lelaki tiba lebih dari 10 buah kereta kira-kira pukul 11.00 pagi.

Pihak lelaki memberi 9 dulang hantaran bertemakan hitam putih dan berbalas 11 dulang hantaran  bertemakan merah putih dari pihak saya..pasal hantaran nntikan entry hantaran pertunangan…
Sebelum itu, layan la gambar-gambar  masa majlis berlangsung….hehe



baju saya tempah..design sendiri..tp tukang jahit tak buat apa yang saya nak..sedihkan..huhu
tudung pula tudung Ariani
veil sewa...


my future in law


ta daaaa..ni la my fiance..hehe


moga berkekalan ..amin




Alhamdulillah, akhirnya saya telah diikat setelah hampir 5 tahun melalui badai,dugaan,godaan sepanjang tempoh kami bercinta. Alhamdulillah hubungan kami telah direstui oleh mak ayah saya serta keluarga.

Kepada my fiancé Fikree Zulkifli..tq atas cinta,kasih,sayang,kesabaran yang telah dicurahkan..tq dear..love u so much

Moga hubungan kita akan diredhai Allah S.W.T..
Moga perhubungan ini akan ke jinjang pelamin hendaknya. aminn

Friday, 7 October 2011

membebel...




: Kutipan dari Rich Mom's Diary
Sekadar tazkirah… Bacalah dan cuba terima kenyataan  ye… :)

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab,”Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Akhir kalam…“JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI!”

Thursday, 6 October 2011

PREMIUM BEAUTIFUL

PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL  membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman. 

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.
COLI PANJANG
Fungsi: 
  1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
  2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada. 
  3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada. 
  4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. 
  5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar. 
  6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan  menambah kontur bahagian belakang. 
  7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk. 
  8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

SELUAR DALAM PANJANG
Fungsi:
  1. 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  2. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.
  3. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
  4. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.
  5. Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk.
  6. Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu  memperbaiki masalah perut yang buncit.
  7. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  8. Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.   
  9. Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.
BENGKUNG PINGGANG
Fungsi: 
  1. Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  2. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  3. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  4. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
  5. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  6. Perhiasan berlian berbentuk rama ¨C rama menonjolkan keunggulan produk. 
KESAN-KESAN POSITIF KEPADA SI PEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL
Terdapat 2 fungsi utama:
  1. Kesan dari segi kesihatan
  2. Kesan dari segi pembentukan badan
Kesan Dari Segi Kesihatan 
  1. Menghilangkan sakit kepala
  2. Menghilangkan sakit tulang belakang
  3. Menghilangkan senggugut
  4. Menghilangkan selulit pada kaki
  5. Menghilangkan kesan pecah (stretch mark) pada kulit perut dari kesan mengandung dan kulit jadi lebih halus
  6. Menghilangkan sakit tumit dan sendi-sendi kaki pada waktu bangun tidur (terutama bagi yang berbadan besar)
  7. Melancarkan perjalanan haid
  8. Menghilangkan penyakit asma
  9. Menghilangkan gastrik
  10. Jarang mengalami demam
Kesan Dari Segi Pembentukan Badan 
  1. Menaikkan punggung dan menegangkan payudara
  2. Menurunkan berat badan
  3. Berkeyakinan dan berketrampilan
Sinar Infra Merah Jarak Jauh (F.I.R) Yang Terdapat Pada Pakaian Premium Beautiful 
  1. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
  2. Mengekalkan kesegaran badan
  3. Mengurangkan kandungan asid dalam darah
  4. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
  5. Tidur dengan lebih nyenyak
  6. Menghilangkan bau badan
  7. Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh
  8. Meningkatkan kadar metabolisma
  9. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  10. Mengelakkan pertumbuhan bakteria
  11. Mengeluarkan peluh asid
  12. Membantu menghilangkan kulat dan fungus
  13. Membantu membersihkan udara dalam badan
  14. Mengekalkan kepanasan suhu badan
  15. Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik
  16. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan

    : untuk maklumat lanjut boleh la klik disini

    kalau tak mahal lama dah saya beli..tapi memikirkan banyak benda lagi yg belum selesai,saya terpaksa tangguh dulu..huhuhu

    kalau ada siapa2 nak belikan untuk saya pun boleh...haha...murah je..RM2k..hehe




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...